Followers

Wednesday, April 22, 2015

Imran's

Alhamdulillah

Tahun ni merupakan tahun ketiga kenal dengan si poyo meran. Sebenarnya tak sangka pulak Allah beri peluang dalam masa 3 tahun ni kenal hati budi meran.. Baik buruk dia, jatuh bangun dia, angin kus kus dia.. hahahaha.. ampun ampun..

Bukan niat nak puji melambung ke apa, cuma mungkin ini takdir dari yang Esa. Semua yg berlaku aku pasti ada hikmahnya.. 

Dalam tempoh 3 tahun tu, Dari diploma becinton, sampaila aku kerja, then aku sambung degree, meran jugak yang aku pilih. Macam poyo je ayat ni. Tapi tulah hakikatnya. Mungkin meran bukan first love aku and aku pun mungkin bukan first love dia. Itu yang aku kata, jodoh tu memang rahsia Allah.. 

Anugerah yang diberi, aku akan jaga sebaik mungkin. Tanggungjawab ini, aku akan galas sebaiknya. Mungkin dulu aku berlembut kerana ingin menjaga hati. Sekarang ni, aku buat sebab nak belajar taat. 

Apa yang kite lalui sekarang ni tak sama masa bercinta, kau akan lebih tau buruknya perangai aku . kau akan lebih tahu kelemahan aku. Lebih teruk mungkin akan cakap, cenggini rupanya kau. hahaha.. Aku tak kesah, sebab kat situlah wujudnya sesi perkenalan kita untuk fasa yang baru.

Aku akan cuba sebaiknya dekati keluarga kau. Aku pun harap kau selesa dengan keluarga aku. Sebab dua keluarga nilah wujudnya kita. Dari kasih sayang yang mereka curahkan kita akan belajar menghadap rencah dunia.

Terlalu awal untuk aku memuji sedangkan banyak lagi dugaan yang Allah sediakan untuk kita nanti. Moga dengan dugaan, dengan ujian kita tempoh harini, buat hubungan kita makin erat. Kasih sayang bertambah. Mudah mudahan ada ganjaran untuk kite bila kite redha dgn ujian Allah ni.

Sesungguhnya kasih sayang dari Allah untuk kita sangat berharga. 

Alhamdulillah. Kami dah Halal 😊



1 comment: