Followers

Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum


16 Mei 2015

Tahun ke 8 aku tinggalkan zaman sekolah.
Tinggalkan zaman sekolah bukan bermakna tinggalkn cikgu cikgu ye..

Langkah pertama aku menuntut ilmu kt Tadika Pt Tengah (1995-1996)
Kenapa sampai 2 tahun, aku pun ta sure.
Yang pasti tahun kedua aku da boring sebab belajar benda yang sama. 
Cikgu yang aku ingat Cikgu Lin dgn Cikgu Mar. Cikgu Mar ni pembantu sebenarnya, tapi panggil jugak cikgu sebab dia pun kadang2 tukang ajo kiteorg. Part makan paling aku suka sebab duduk reramai, pahtu dapat mangkuk color oren comel je. Isi dia kalau bukan jemput jemput, mesti mi goreng. yang aku ingat itu jela.. lepas tu air milo. uihhhh... time tu jakun dengan air milo... kadang tinggal suku ke milo dalam tin beso tu aku dok ngecek kat cikgu mar mintak nak bawak balik. kadang dapat. hahahaha...

Lepas habiskan zaman tadika dengan cemerlang gemilang dan terbilang. SANGAT. hahaha
Aku sambung sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Parit No 5.
(1997-2002)
Jangan tanya kenapa 5, sebab parit kat johor banyak. parit yang ada no ni pun kalau tak silap aku sampai parit no 12 kot.Okeyy sambung balik cerita.
Cikgu pertama yang aku kenal and aku rasa ngam je dengan hati aku,Cikgu Rozita. cikgu ni bukan je ngajo setakat dalam buku. dia jugak ada ajo macamana nak buat kerja kemas rumah dengan betul.contohnya nak menyapu jangan bongkok sangat. tangan sebelah pegang penyapu, tangan sebelah lagi letak kat belakang. lepas tu kalau angkat barang yg berat, jangan terus tunduk and angkat, tapi cangkung lepas tu baru angkat perlahan lahan. 
Itu cikgu yang menyenangkan. cikgu yang menyebelkan, tu org jawa cakap la, Cikgu Sobri, ya ampun dia punya garang ngajo matematik. puas da kena rotan, kena ketuk ketampi, kena maki. hahahaha. nasib aku minat matematik. tapi selalu memain, padan muka aku lah kena denda aje. hahaha
Masa sekolah rendah aku join perpustakawan. betul ke tak ejaan aku tu, time tu kena pakai kain warna merah hati. ecehhh... jakun jugaklah, sebab lain color kain dgn org lain. ramai jugak cikgu yang aku ingat, cikgu hilmi,cikgu maskat,cikgu pon! paling lejen sebab cikgu ni comel je, pahtu cikgu sapa tah tu yg jaga PIBG, slalu kalau dtg lambat kena jumpa dia utk kena rotan. and aku akan gunakan alasan "abang saya bangun lambat lepas tu dia mandi lambat, saya kena tunggu abang" lepas tu lepas la dari kena rotan. hahahaha
Masa sekolah rendah aku ade jugak join sukan, 4x100, lompat tinggi... tapi setakat kt sekolah jela, sebab aku kalau main pun macam tahi, tak ade semangat sukan. hahahaha

selain sekolah rendah, aku kena pegi jugak sekolah agama.
Sekolah Agama Parit No 5.
Selain menimba ilmu and suka sangat beli jajan sebelum masuk kelas, aku pernah jugak pecahkan sink bilik air and tak datang sekolah hampir 2 minggu sebab takut. hahahaha

Masa UPSR, kire poyo jugaklah sebab dapat 3A1B1C.. Then dgn bahagianya mintak kt mak nk masuk asrama penuh.
Tapi mak tak bagi. padan muke aku.
So aku masuk jela sekolah biasa.

Aku tak sure sangat bila aku masuk darjah khas, tapi yang pasti aku ambil darjah khas kat Sekolah Agama Batu 18 Air Hitam

Aku teruskan langkah masuk ke 
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru (2003-2007)
Lepas dicatu dari keputusan upsr aku yg tak seberapa tu,aku dimasukkn dalam kelas kedua dri 7 kelas mase tu. okey laa.. layankan ajelah.. naik sekolah menengah aku down sikit sebab batch kiteorg yg pertama gunakan math and science in english. terus out aku punya semangat nak belaja. tapi tak la terus bebal gitu... kat sekolah menengah aku kurg sikit join aktiviti, sebab utama aku tak bole balik lewat,nanti tak ada sapa nk amik, then yg kedua, aku masih terkontang kanting nak biasakn diri dgn sekolah baru. lepas 5 tahun yang sangat poyo kat sekolah tu, ada cikgu cikgu yang jadi fav aku. macam cikgu Rosmiyati huda, Cikgu Zainal, Cikgu Mokhtar. Ada juga cikgu lain, tapi aku lupa lah sapa. hahaha. ta guna punya anak murid. tapi sebab semua cikgu cikgu nilah aku bentuk diri, bentuk pemahaman, bentuk minat aku. 

Habis je SPM, aku tekad tanak sambung form 6, sebabnya aku tanak balik kat sekolah tu. hahahaha
Rasanya tu tindakkan yang bengong aku pernah buat. padahal cikgu siap call mak aku,call akk ipar aku kot time tu surh aku masuk. aku poyo cakap aku dah dapat kerja. hahaha

Lepas 2 tahun lebih aku kerja, banyak jugak la pengalaman aku dapat. lepas tu aku perasan aku haus. 
aku haus dgn ilmu.. hati kecik mintak aku fikirkan sesuatu. and aku teruskan niat utk sambung belajar. kat situlah aku terpandang 
INSTEDT (2010-2013).
 Ada jugak dapat uitm, tapi senilukis, gila kau, exam dia suruh aku lukis bongkah depan class dari sudut pandangan aku. aku lukis org lidi pandailah. hahaha.. bukan rezeki aku time tu, so aku redha... rezeki aku kat INSTEDT. dapatlah jugak begelar student UiTM under INSTEDT. kat situ bukan cikgu lagi, dah pensyarah da kena panggil. sama jugak tugas dia sebagai guru yang beri ilmu. yang paling berjaya ubah pemikiran, gaya, cara,penampilan adalah Madam Hazeniza. dari dia single, btunang,kawin and mengandung. dia tetap mngajar. gile kau, dia cakap direct je pasal penampilan, makeup semua. yelah, budak office management selekeh nak kemana kan.. heel WAJIB pakai!. selain madam niza, madam ain, madam ayu, madam nurul, miss yaya, madam rai ehh ramai lagilah.. diaorg yg tungkus lumus layan kerenah kami yang baikkkk sangat ni. hahaha..

Selesai Diploma, aku ketagih lagi ilmu, tapi mase tu lupa nak apply sambung belajar, so aku kerja dulu.. cari lagi penglaman.. lepas setahun, rezeki datang lagi, dapat sambung degree kat UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
Kat sini berlainan masa diploma, sebab aku malas nak aktif masa diploma. masa degree ni aku mengada nak busykan diri yang kononnya tak busy, padan muka aku. hahaha... takpela tambah ilmu lagi tu.. dari sama sama handle event class, beralih aku join kelab BOSS. and terlibat jugak dalam pertandingan inovasi and dpt tempat kedua.. fuyooo, hahahaha.. 

Syukur, dari setiap apa aku langkah, akan adanya nama guru yang jadi tulang belakang aku.

Guru Pertama Mak Ayah ku

Guru Seterusnya;
Sekolah Tadika
Sekolah Kebangsaan Parit No 5
Sekolah Agama Parit No 5
Sekolah Agama Batu 18 Air Hitam
Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru
UiTM INSTEDT
UiTM Kampus Bandaraya Melaka

Terima kasih untuk segala ilmu. Banyak ingin aku karangkan, tapi biarlah sebahagian aku simpan dalam hati, janji aku, setiap ilmu yg aku perolehi akan aku kongsi dgn anak bangsa kita nanti.

Tak lupa juga selamat hari guru buat akak ipar tersayang Daliana Dair, Keluarga Mertua Abah Ismail and Mama Rosleen. and tak lupa bakal cikgu akak ipar jugak ni, yannah! hihi

SELAMAT HARI GURU !
TERIMA KASIH CIKGU !




No comments:

Post a Comment