Followers

Friday, May 10, 2013

DUNIA BERLAINAN

Dengan Lafas BISMILLAH aku memulakan hari yang baru sebagai pekerja.
kalau bolehh nak je jerit tanaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkk !.

tapi apakan daya . tugas aku sebagai pelajar telah selesai .
kini aku kembali bekerja, seperti 3 tahun dulu.
kerja masih di office. berbezanya dulu boleh rilex sekarang tak lagi.
kerja di kedai moto yang baru dibuka membuka lembaran baru dalam hidup aku.
banyak perkara yang aku harus pelajari dalam tempoh yang singkat .
berubah juga masa aku .
dari 8.30 pagi hingga 6 petang aku menghabiskan masa di office.
malam pula aku habiskan masa dengan keluarga and si gemuk lah.
mula mula tak larat jugak badan ni nak tahan dengan tekanan kat tempat kerja baru.
dengan kata kata semangat dari mak, nenek, si gemuk . and iam still here.

keputusan peperiksaan semester akhir telah keluar pada 9 Mei 2013.
itulah tarikh keramat bagi aku kerana secara rasminya aku telah tamat belajar.
impian untuk memegang gelaran dekan tak kesampaian.
malas belajar, mana nak dapat kan.
takpelah, mungkin Allah nak beri yang lebih baik dari itu pada aku.

terus terang aku katakan minat aku untuk belajar masih mendalam , 
mencintai setiap assignment yang diberi.
entah lah . aku terlalu ingin melanjutkan lagi pelajaran.
tapi mak macam tak galakkan buat masa ni.
mak kata lepaskan adik imah and ajib yang baru lepasSPM.

tak pelah aku mengalah untuk kali ini.
tapi aku tekad satu masa nanti aku tetap akan menyambung pelajaran lagi.

dihuni perasaan ingin memblas jasa ayah dan mak .
dihuni dengan perasaan terhutang budi dengan abang adey.
dihuni dengan masa akan datang yang tak nampak jalan nya.

tabahkan aku menghadapi apa yang berlaku?
perasaan ini hanya aku dan diri ini sahaja yang tahu.
selemah mana pun manusia,
jika dia masih diberi nafas untuk hari esok,
yakinlah Allah tahu kau seorang yang kuat untuk menempuh kehidupan ini.



No comments:

Post a Comment