Followers

Friday, March 8, 2013

MATANG

Assalamualaikum :)


Matang . bila sebut je matang . orang akan kaitan dengan umur , asal dah berumur je , kena matang . macam tu ke ? the answer ? i dont get it . entah lah . sejak sambung belajar ni dah beberapa kali jugak aku digelarkan tak matang . alahai . tengok umur aku then judge it . macam tu ea ? terpulang la pada manusia manusia macam tu .

aku sendiri masih tercari cari apa itu MATANG . apa aku tahu matang tu dari segi pemikiran , dari segi perwatakan , perbuatan, pertuturan  and senang cakap dari segala hal lah. itu yang aku jadi musykil , eh betul ke tak ejaan aku ni . apa yan sedih nya bila aku sambung belajar je , semua kawan sekeliling majority 2 tahun lebih muda dari aku . halamak . kalau aku dah bercampur dengan budak bawah , so memang tak la aku nak belajar jadi matang . haha . matang kena menuntut ke ?

bukan nak salahkan diaorang . walaupun aku dipanggil kak long, bukan segala hal dalam dunia ni aku dah tau , aku dah rasa , aku sama je macam mereka , masih mencari hala tuju , masih mencari apa itu kehidupan, aku hanya berbekalkan pengalaman bekerja hampir 2 tahun sebagai kerani di shukorbina Ent. pengalaman aku dapat hanya lah menghadap segala manusia yang bekerja di bawah kerajaan. and ada yang makan gaji buta . 

aku belajar berurusan dengan bank, dengan jps , jpj , mpm , jkr , jabatan pertanian . jabatan pelajaran johor . berurusan dengan pihak sekolah . dengan company lain. banyak sangat aku belajar . tapi satu perkara aku tak mampu belajar , nak menjadi matang . aku bercampur dengan orang orang tua yang berpuluh tahun jarak umur dengan aku . tapi semua perasan muda . sorry . haha . itulah hakikat . tapi tulah , boss and bini dia adalah boss terbaek yang pernah aku jumpa .

aku tinggalkan dunia itu demi mencari masa depan aku. disinilah aku sekarang. di semester akhir untuk Diploma In Office Management and Technology. aku akan pastikan aku akan jejakkan kaki ke alam degree satu masa nanti . 

aku mengharap apa yang pernah aku alami akan menjadikan aku seorang yang lebih bertanggungjawab . aku mengharapkan aku akan temui matang yang diperkatakan itu . maaf atas segala kekhilafan yang pernah aku lakukan . aku hanya insan biasa . aku tak pernah merancangkan segala yang terjadi . kerana semua perkara aku pasti ada hikmatnya . aku temui teman melalui perselisihan faham . aku temui cinta tanpa aku jangka . aku temui kejayaan tanpa aku sedar .

aku mahukan ini . aku mahukan kepercayaan yang sukar orang beri . aku mampu tersenyum lebar pabila kepercayaan orang letakkan dibahu aku . tamaknya aku mahukan semua itu . tamak aku untuk menimba pengalaman . sesungguhnya itu sahaja yang mampu aku banggakan . terseyum lebar aku bila orang puas hati dengan hasil kerja aku . sesungguhnya manusia dambakan pujian . itu yang membuakkan semangat aku :)

aku mahukan kejayaan yang bukan diatas penderitaan orang lain . aku mohon maaf sekali lagi . tak terniat aku mengguris hati insan seperti aku . ini semua ujian tadi yang Esa . hadirnya engkau untuk menguji aku , hadirnya aku untuk menguji engkau . aku harap kau mampu memaafkan segala khilaf aku . itu je aku mahu :')

No comments:

Post a Comment