Followers

Friday, March 8, 2013

Taraaaaaaaaaaaa

Assalamualaikum..

waaaaaaaa ... setelah sekian lama . akhirnya lappy zyra jadi mangsa aku . alahai baby aku merajok la . ada sebahagian keyboard tak boleh guna . sadis . nak hantar kedai memang tunggu abang adey tersayang lah hantar. oleh kerana banyak sangat cerita yang aku nak cerita , aku pilih kenangan yang aku tak dapat nak lupakan .

menjejak ke angka satu tahun perkenalan , WOW ! macam tak caya je . sekejap sangat. sangat sangat sekejap . bape banyak sekejap dah .. hehe . oraite . kadang aku terasa orang memandang aku selalu melebihkan dia dari keluarga or kawan aku . eh tak ada lah . semua nya sama , yang beza nya aku dan dia ada satu perasaan yang aku tak ada dengan kawan or family , 

Mak and Ayah yang utama sekali . cinta aku pada mereka tak pernah luput . sampai akhir hayat aku .
mungkin sekarang ni aku terbuai dengan rasa cinta . dengan dunia cinta . kata orang kalau kita betul betul cintakan yang pertama, tak mungkin ada yang kedua . itu semua kerja Allah yang Esa . kita sebagai manusia harus belajar redha dengan semua tu . 

Aku berkata kata bukan lah bererti aku tahu semuanya . aku hanya manusia biasa yang punya banyak kekurangan . aku tak dianugerahkan kepandaian semata , tak dikurniakan akhlak yang mulia , tak dilahirkan dalam keturunan yang kaya raya . tapi Alhamdulillah, aku masih hidup sampai sekarang, dengan ehsan Mak and Ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki demi untuk anak anak tercinta .

Ada satu ketika , aku terleka dengan duniawi , duniawi yang aku rasa mampu dibeli dengan wang ringgit . tapi tak aku sedari , mak dan ayah semakin dimamah usia , usia yang kian menigkat tiap hari . dan aku pandang diri aku yang tak punyai harta , tak punyai apa apa , disitu timbul kesedaran bahawa aku perlu berubah .

berubah bukan semudah yang disangka , banyak sangat ujian aku dapat. GAGAL adalah cabaran dalam hidup aku , kadang aku tewas, kadang aku marah dengan diri sendiri yang leka dengan semua ni. dugaan dari dulu sampailah sekarang tak pernah habes. tapi apa yang pasti, aku kena lalui segalanya untuk dapatkan kepastian bukannya jalan mati.

kadang aku diuji dengan sikap manusia yang bermacam ragam, bermacam kerenah. kadang orang memandang hina . ada satu suara dari yang melahirkan aku tanpa penat memberi pesan, abaikan semua tu . kita hidup bukan untuk orang lain. orang lain tak akan tau apa yang kita rasa. itu yang selalu aku semat dalam hati sanubari aku .

sekian :)

No comments:

Post a Comment