Followers

Tuesday, December 11, 2012

Malam Yang Sepi Pi Pi ^^



Assalamualaikum.
Hai korang... lebih tau tajuk entry aku malam ni . hehe . nak senangkan hati la katakan . mana taknya dah 2 belajar teori penting . Administrative Office Management dengan Account . yang AOM tu mak ai nak ingatkan pencetus pencetus revolusi management punyalah ramai . Madam kata ramai yang mengkaji sikap manusia ni . tapi tak pernah habis sebab manusia ni banyak sikap . terlalu banyak sikap . sebab tu terlalu ramai yang nak mengkaji.  

bangga la jugak aku tadi bila madam  kata  Kolej Kolej Bersekutu ni special case sebab UiTM nak kan kualiti dari kiteorang yang kat KKB ni . bila dah dapat diploma nanti kiteorang takkan jadi kerani biasa or jawatan biasa . bukanlah menghina sesiapa yang pegang jawatan tu . tapi dengan diploma yang aku ada ni mungkin aku dapat pegang jawatan eksekutif tak pun jawatan pengurus . wahhhh .. lagi la aku terbayang duduk kat office sendiri berangan jadi boss kononya.

dulu jadi kerani pun duduk sesorang jugak . tapi tak best sebab semua kerja kena buat . tapi kata madam bila dah pegang jawatan tinggi sikit ni kerja kita berkurangan sebab orang bawahan kita yang akan buat kerja kerja kita tu . selesai cerita pasal management . aku nak cerita pasal account .

Buat pertama kali nya aku terasa macam kat sekolah menengah . mana taknya . beli buku latihan yang panjang . pastu kena buat latihan dalam buku tu . cehhh .. sekarang tulisan kenalah kemas . kalau tak nanti buat malu je nak tunjuk dekat lecturer . tadi petang agak overload la masa class account . 2 jam dok mengaddap miss. pastu kena ingatkan balek apa yang aku pernah belajar pasal account . 
ceehhh .. poyo sikit la bila aku paham apa yang miss ajar . 

takpelah .. sesusah mana pun aku kena hadapi jugak ujian ni . bukan untuk orang lain . untuk masa depan aku jugak nanti .thanks orang orang yang selalu bagi kata kata semangat . Mak, Ayah, Uncle Ismail, Aunty Leen , Imran Si Gemok , and Kawan semua Mekasih ^^

No comments:

Post a Comment