Followers

Sunday, December 30, 2012

Dunia Perkahwinan


Assalamualaikum . Hey Monday ...
Jom dengar lagu ni sambil baca entry okey . ^^,


Tengok je tajuk entry mesti ada yang terfikir aku nak kawin laa . aku nak tunang la . eh tak la . lama lagi . perkahwinan bukan la sesuatu yang mudah . amat mudah untuk diungkapkan tapi sukar untuk dilakukan . sesukar ape aku pun tak pasti . semua tu aku tak jalani lagi . tengok mak ayah lebih 30 tahun tempoh perkahwinan , pada aku patot dicontohi . mungkin banyak kekurangan , tapi kekurangan itulah yang mengeratkan perhubungan keluarga kami.

Back to story , sebenarnya aku nak cerita pasal semalam . dah lama aku tak naik bas dari bustand Muar . memandangkan abang and akak ipar nak keMuar . aku tumpanglah sekaki. sampai sana lebih kurang pukul 12 lebih, tapi malangnya tiket ke Johor ada pukul 4.30 petang. terima jela . untuk melengahkan masa aku ikut abang pergi shopping kejap . sampai la jam 3 lebih dia tinggalkan aku kat bustand tu . Ada orang kalau ditinggalkan sesorang blur nak buat ape. tapi aku dah terbiasa macam tu . so aku pegi la makan sesorang. haha . macam tak caya pulak aku sesorang makan kat situ . persetankan sape nak tengok aku . cukuplah aku makan mee bandung muar dengan milo tabur.  kenyang wooooo...

lama sangat tunggu kat situ , aku bayar makanan then terus tunggu dekat tempat orang tunggu bas . kat situlah cerita bermula . dimana aku jumpa seorang akak . nama dia ? aku terlupa nak tanya . dengan penampilan dia  dari atas kebawah aku perhatikan . rambut pendek . muka ala ala cina . eye shadow biru atas mata , gincu merah dibibir . rantai emas menghiasi lehernya, cukup ringkas mengenakan baju inner hitam dan seluar jeans biru . dikenakan pula dengan bag Avon dan sandal feminim .

nampak jelas kan aku pemerhati yang baik . eh lupa , akak tu memakai cermin mata yang agak tebal . untuk melengahkan masa , aku pun ringankan mulut menegur akak tu . akak yang terjerit jerit memanggil anaknya . biasalah budak kecil memang nakal sikit.  dari sedikit perbualan mengenai bas lambat. perbualan bertambah hangat bila dia cerita yang dia baru lepas ambil anaknya dari bekas suaminya .

akak cakap cuti sekolah baru baru ni akak baru tinggalkan Syawal pada ayahnya . sejak berpisah 2 tahun dulu akak tinggal di pasir gudang , manakala bekas suaminya tiggal di muar bersama isteri barunya .
aku punyalah suka bila tengok syawal yang nakal tetiba jadi pemalu .

bila akak tengok aku mula mesra dengan dia . akak bukak cerita pasal anak tabung uji .WHAT !. selama ni aku dengar je . tak sangka berhasil . mata aku terus pandang tepat pada Syawal . melihat dirinya atas dan bawah . tak ada sebarang kecacatan . Allahuakbar . sekarang teknologi dah maju sehinggakan anak pun mampu dihasilkan dengan bantuan teknologi. 


akak menyambung ceitanya bila muka aku excited nak dengar lagi cerita dia . akak cakap syawal merupakan anak tabung uji keduanya . anak pertama perempuan , sekarang dibawah jagaan bekas suaminya . DUA orang anak hasil tabung uji . kali pertama memakan kos sebanyak RM4000 dan kali kedua memakan kos sebanyak RM8500 . 

betapa bersungguhnya akak nak dapatkan cahaya mata. tapi sayangnya jodoh akak tak panjang . anak pertama terpaksa diserahkan hak penjagaan kepada bekas suami kerana akak pernah menjaga anak pertamanya selama setahun dan kerap masuk ke wad kerana terlalu rindukan ayahnya . akak terpaksa akur dengan takdir yang dia terpaksa berjauhan dengan anak perempuannya .akak meneruskan kehidupan bersama dengan anak lelakinya . akak pesan . tak semua perkahwinan itu gagal . semua yang berlaku ada hikmahnya , kita sebagai manusia harus menerima Qada' dan Qadar dari Allah .

SAYANGILAH ORANG YANG MENYAYANGI KITA ^^,

Alhamdulillah dan Wassalam .

No comments:

Post a Comment