Followers

Monday, June 29, 2015

Kesayangan



Alhamdulillah... mujur diberi lagi diri ini untuk bernafas dan berjuang untuk suami dan anak tercinta. harini aku ingin coretkan beberapa kenangan utk bulan bulan yg telah berlalu.

28 March 2015
Gambar 1. Atas keizinan yg Maha Esa, aku dikurniakan zuriat dari syurga yg selamat dilahirkan tepat jam 4.06 ptg 28 March 2015 dengan berat baby 3.06kg. Masih terbayang lagi jam didinding wad bersalin tu seakan lambat bergerak. dari jam 10 pagi hingga 4.06 ptg aku bertarung nyawa utk insan yg diberi nama NURLAILA DAMIA.

28 April 2015
Gambar 2. Harini genap sebulan Damia lahir. Dan harini Damia akan mendapat vaksin pertamanya. lemah tubuhnya, otot masih belum terbina. Tapi Allah tiupkan dugaan bila dia batuk dan didada penuh dgn kahak. Beberapa klinik swasta aku pergi, KPJ Kluang jadi saksi aku ulang alik hampir seminggu untuk hantar damia sedut kahak. Dalam keadaan masih dalam pantang aku gagahi juga untuk hantar damia berubat. Tapi... masih belum ada perubahan. Akhirnya aku dan suami nekad bawa Damia ke hospital kerajaan. Bukan sengaja melambatkan hantar Damia kesana. tapi hanya mencari tempat yg katanya punyai pakar dan berbayar mahal. Tapi sakit damia berkurang semasa dirawat dihospital. Alhamdulillah.

28 Mei 2015
Gambar 3. Jelas Keceriaan terpancar di air muka Damia. Syukur sangat Damia dah sihat dari batuk. Bukan mudah ya nak jaga bayi dalam hari yang batuk. Cara penjagaan. sebagai ibu yg mmberi susu badan pun kena jaga makan. takut takut kalau kesannya pada anak yang menyusu badan. 

28 Jun 2015
Gambar 4. Alhamdulillah.. hampir sebulan aku dan Damia duduk dengan ketua keluarga di Damansara. Bermula juga aku sebagai suri rumah sepenuh masa. Cuba yg terbaik jaga pakaian,makanan dan segala benda dirumah ni. Damia pula semakin bertambah akalnya. mudah tersenyum. sudah mahu diajak berbual. Makin kuat suaranya semasa menangis. Kuat menyusu. 

Allahuakbar. Indahnya saat ini. Moga Allah titipkan kesabaran kepada keluarga kecil kami untuk menghadapi bulan 9 nanti. Damia akan tinggal dengan keluarga mertua. aku akan teruskn pengajian di Melaka. dan suami akan bekerja di Kuala Lumpur. Allah. mohon kau panjangkn jodoh aku dan suami. Tetapkan keimanan dan berikan kesabaran kepada kami.

Allah. 
Mohon kau jagakan mia untuk kami berdua.
Allah.
Mohon kau lindungi puteri kesayangan kami.
Allah.
Permudahkan urusan kami dalam alam rumahtangga.
Allah.
Tetapkan kami dijalan yang Kau redhai Ya Allah. 


No comments:

Post a Comment