Followers

Tuesday, June 4, 2013

NAFAS ITU


Memandangkan boss keluar harini , aku sibuk nak mengupdate blog ni.
macam biasa lah pagi pagi dah kelam kabut buat kerja
ada je kerja , siapnya ntah bila.

PENAT SANGATdengan rutin harian yang sama je setiap hari
kadang macam nak bawak mancis and bakar office ni.
tapi ada cctv lah pulak,
ni kalau boss tengok cctv ni mesti ingat aku tungkus lumus nak buat kerja
padahal kelaut hahahaha.

aku rindu penawar
aku rindu tilam double dacker dengan jilala
aku rindu fafaz and yuyu
aku rindu susu dgan tika



aku rindu bangun pagi dengar suara momo
aku rindu pergi dapur then terperanjat beruk tengok TIKUS !
aku rindu peti ais yang banyak belacan
aku rindu ampaian yang macam bersamamu
aku rindu makan kat belakang
aku rindu baring gulingguling depan tv

aku rindu tandas yang seram dengan selalu tikus buat tempat laluan
aku rindu bilik air yang ada tersumbat
aku rindu pasang lilin time blackout then tido same same
aku rindu tengok rak kasut budak OM yang melambak
ehhh . memang la semua budak OM mana ada budak lain

emmm .. aku rindu sangat sangat
masak banyak macam kenduri . hihi
asal petang je aku gunakan kekerasan ajak imran keluar.
haha. tak ada lah, kalau dia free aku ajaklah dia keluar.

tempat favorite semestinya tasik ! p bagi ikan makan la ape lagi
tak pun pantai . aku penggemar aktiviti outdoor
tapi sayang kegemukan menambah kemalasan aku
haha. alasan itu semua T.T
rindunya main lelayang kat tepi pantai . muk mesti suruh aku ikat tali
sebab lelayang mana yang aku ikan mesti terbang tinggi..
weeeeeeeeeeee...

nanti mulalah imran buat aksi . ikat tali kat tali pinggang then lari tepi pantai.. 
ada je tau imran imran..


sayang nya aku tak boleh melepak lelama kat tepi pantai.
angin kuat buat aku tak selesa. sekadar melepaskan pandangan sekejap boleh lah .
kalau dibagi pilihan aku rela diajak bagi makan ikan dari duduk tepi pantai. hehe

TAPI ...
aku kena sedar. semua semua semua tu dah berakhir . cewwwaahhhh .
berakhir kat sana jelaa ..

NO MORE INSTEDT
NO MORE RUMAH CIK RUJI
NO MORE PENAWAR
NO MORE BEAUTIFUL BRIDGE


now aku kena teruskan hidup ni . hidup yang buat aku lemah. kuat. sakit. perit.
semua aku kena rasa . ada je yang menduga aku . ada je yang menyakitkan hati .
ada je yang rasa aku pembenci . perosak . semuanyalah .
macam biasa lah ayat orang cliche "kau tak berada kat tempat aku"
kadang ayat tu pun tak boleh pakai. sampai bila bila kita tak boleh rasa apa yang orang rasa .

dunia kau dunia aku jugak . yang bezakan kita hanya amal kita . tujuan hidup kita sama je .
kita tak pernah mintak nak jadi apa . kita tak pernah tau yang hidup kita akan macamana .
kekuatan aku datang dengan insan yang mendengar rintihan hati aku . mungkin mereka tak memahami.
tapi cukup dengan luahan buat aku lega.


aku terasa macam diberi nafas lagi. tak ada yang sesak lagi dalam nafas ni .  
kadang aku marah kenapa sukar untuk aku lupa apa yang aku nak sangat lupa .
kadang yang dah lupa lupa betol
budak pening betol lah aku ni . haha 

apa yang mampu sekarang ni hanya berserah pada yang Esa .
kita manusia biasa . aku tak nak salahkan sesiapa lagi . 
kalau ada pun biarlah kesalahan diletak pada diri sendiri.

jangan khianati hati
jangan diseksa tubuh
jangan dihasut minda 

yeayyy . sayangi orang yang sayang kita .




No comments:

Post a Comment